Sila klik di sini untuk mengikuti: VIDEO KLIP MAYANG MENGURAI : Episode 14
Kartina: Macam mana dengan Mayang Mengurai?
Rosli: Saya rasa saya tak kan biarkan dia berjumpa dengan Khalif. Habis tu awak nak simpan dia? Em.. untuk mengenakan mak Khalif.
Kartina: Kenakan mak Khalif? Kenapa dengan mak Khalif?
Rosli: Dulu dia pernah janji nak pinjamkan saya duit tapi bila dia tahu saya sukakan seorang dia marah. Dan masa tu saya betul-betul perlukan bantuan dia sampailah klinik saya tutup. Ini semua sebab dia.
Kartina: Oh jadi apa awak nak buat sekarang?
Rosli: Buat sementara waktu ni saya akan biarkan Mayang Mengurai tinggal kat rumah mak saya di kampung.
Kartina: Hmm.. awak ni memang bijak lah. Saya suka dengan awak.
Tiba-tiba ayah Kartina muncul di depan mereka dan Rosli terpaksa meminta izin untuk pulang.
Kartina: Papa... Er... kenalkan ni papa Tina.
Rosli: Apa khabar uncle?
Ayah Kartina: Baik.
Rosli kepada Kartina: Tak apalah saya balik dulu. Nanti kalau ada apa-apa perkembangan saya beritahu awak. Uncle saya balik dulu.
Ayah Kartina: Ya...
Ayah Kartina kepada Tina: Dia kerja apa tu?
Kartina: Err.. dia doktor psychologist. Dulu dia ada klinik sendiri tapi dah tutup. Sekarang ni dia tak buat apa-apa.
Ayah Kartina: Orang macam tu ada hati nak jadi menantu aku? Tina cakap dengan dia suruh dia main jauh-jauh.
Kornilam: Kenapa tak kelihatan? Di mana Mayang Mengurai? Mayang Mengurai, kau fikir kau boleh lari daripada aku? Tetapi kau akan kembali kepada aku juga.
Ibu Rosli: Eh awak nak pergi mana?
Mayang Mengurai: Saya dah kenyang.
Ibu Rosli: Tak kan lah makan sesuap dua suap dah kenyang? Makanlah dulu. Duduk ya! Awak jangan risau lah nanti kawan awak tu datang. Jangan fikir ya makan dulu..
Halim: Eh Rosli lama tak jumpa engkau.
Rosli: Kau hilang entah ke mana. Buat apa sekarang?
Halim: Aku kerja bank lah mana lagi. Kau bukan tak tahu.
Rosli: Okey lah tu. Kau kalau ada apa-apa peluang kerja kau beritahu lah. Kau senyap je..
Halim: Kau ni tak habis-habis dengan perangai lama engkau. Untuk pengetahuan kau, aku kerja bank semata-mata nak ambil gaji aje tau? Tadi kau kata ada perempuan nak datang. Mana?
Rosli: Kau kalau pasal perempuan laju aje.. Hah tu, panjang umur.
Kartina: Sorry guys I lambat.
Rosli: Kenalkan kawan aku, Halim
Kartina: Hello. Kartina.
Halim: Bukan Mayang Merdu?
Doktor mengucapkan tahniah kepada Rosli. Katanya Kartina mengandung..
Doktor: Tahniah, isteri awak mengandung?
Rosli terkejut mendengar apa yang doktor beritahunya.
Lagenda Mayang Mengurai akan bersambung pada hari esok, 4 Februari 2010.
Sumber: (Terima kasih dan kredit diberikan kepada TV3, TV9, http://www.tv9.com.my/, dan semua pihak atas sumber maklumat, video dan gambar)
No comments:
Post a Comment