Khalif: Mayang Mengurai, ini untuk awak.
Shahrul: Amboi, amboi, amboi romantiknya kau ni Alif.. Bila kau beli cincin ini. Apa pasal kau tak ajak aku? Kau selalu tak ajak aku sekarang.
Mariani: Muat ke tu?
Mayang Mengurai: Muat mak cik.
Kornilam: Rupa-rupanya kau orang di sini. Kesian. Dah 21 tahun jadi kucing. Tapi sekurang-kurangnya kau orang tak payah fikir macam mana nak besarkan anak kau orang. Kejam? Sebenarnya kau orang beruntung dapat menjadi kucing istimewa. Tak ada kucing asli yang dapat hidup selama 21 tahun. Malah kau orang akan dapat hidup selama dua puluh tahun lagi. Selepas itu Kornilam melakukan sesuatu? Apakah agaknya yang dilakukannya.
Kornilam: Mayang Indera, kau suka tak dengan kucing-kucing ini? Kalau kau suka jagalah mereka macam ibu bapa kau sendiri.
Mayang Indera: Maksud ibu?
Kornilam: Kalau Mayang Merdu dah berjumpa dengan ibu bapanya sekarang tiba masanya untuk kau bertemu dengan ibu bapa kau pula. Aku akan bawa kekasihmu semula ke sini.
Mayang Indera: Ibu dah sumpah ibu bapa aku rupa-rupanya.
Mayang Merdu: Ibu kejam. Kejam.
Mayang Mengurai: Saya tak pernah nampak gunting macam ni.
Mariani: Itu gunting lama. Gunting peninggalan nenek moyang mak cik.
Mariani: kenapa Mayang? Mayang suka gunting tu? Kalau Mayang suka, mulai daripada hari ini Mayang boleh simpan gunting itu sebab tak lama lagi Mayang pun akan jadi salah seorang daripada keluarga ni, jadi pewaris keluarga ni. Simpanlah.
Mayang Mengurai: Terima kasih mak cik.
Mayang Mengurai: Wah, cantiklah Mak Andam.
Mak Andam: Jangan lupa ya, cuba baju ini dulu.
Mayang Mengurai: Baiklah.
Mak Andam: Saya balik dulu ya.
Mayang Mengurai: Terima kasih.
Khalif: Aku dah check semua fail-fail ini dan memang banyak harga yang dah diubah terutama sekali kat harga pasir dan batu.
Shahrul: Wati awak tolong semak balik fail ini, check harga batu dan pasir daripada pembekal kita tu.
Wati: Baik Encik Shahrul. Saya keluar dulu.
Shahrul: Yang kau senyum kambing ni kenapa?
Khalif: Rul, kadang-kadang aku tengok engkau ni ada gaya tau nak jadi seorang tokoh peniagaan terbesar kat Malaysia ni.
Shahrul: Kau ni, tengah serius begini nak bergurau...
Khalif: Semalam awal kau tidur.
Shahrul: Aku penat sangat semalam, Alif.
Shahrul: Wati, kenapa tak balik lagi?
Wati: Sekejap lagi Encik Shahrul.
Khalif: Aku balik rumah dulu. Lewat sikit aku datang rumah kau.
Khalif: Kau jangan tidur mati pulak. (Don't sleep like a log)
Shahrul: Ya lah. Wati esok awak datang lewat sikit ya.
Wati: Terima kasih Encik Shahrul.
Kornilam: Bila kau cuba baju itu, kau akan menjadi lemah.
Kornilam: Jangan Mayang.. tolong Mayang. Kasihani lah ibu, Mayang. Tolong Mayang.
Mayang Mengurai: Kau perempuan jahat. Kau tak layak dipanggil ibu. Kau dah terlambat. (Mayang Mengurai menggunting rambutnya)
Kornilam: Mayang Mengurai, inilah sumpahan terakhir aku untuk kau agar kau tak dapat berkahwin dengan Khalif.
Lagenda Mayang Mengurai akan bersambung pada hari esok, Khamis - 11 Februari 2010
Sumber: (Terima kasih dan kredit diberikan kepada TV3, TV9, http://www.tv9.com.my/, dan semua pihak atas sumber maklumat, video dan gambar)
No comments:
Post a Comment