Sila klik di sini untuk mengikuti: VIDEO KLIP MAYANG MENGURAI : Episode 16
Doktor: Nurse bagi kan dia oksigen. (Give her some oxygen) Tolong panggilkan ayah dia.
Doktor kepada ayah Tina: Dia dah tak ada. Maafkan saya.
Tina tidak dapat diselamatkan.
Rosli: Minum ni.
Mariani: Kenapa kau buat aku macam ni?
Rosli: Kau nak tahu kenapa aku buat kau macam ni?
Di sebabkan kau lah hidup aku.. (You've ruined my life.)
Mariani: Kena mengena apa aku dengan kau? What do I do with you life?
Rosli: Kau ingat tak? Kau pernah janji nak pinjamkan duit kau untuk aku gunakan pada klinik aku. Tapi kau tarik balik pinjaman itu. Sampailah klinik aku tutup aku jatuh bankrupt.
Mariani: kau bankrupt bukannya pasal aku. Pasal kau selama ini pun tak fokus pada bisnes kau. Salah engkau sendiri.
Rosli: Tapi kalau kau tolong sekurang-kurangnya aku dapat selamatkan klinik itu.
Mariani: Kalau ya pun pasal tu, kenapa kau buat aku macam ni?
Rosli: Bukan itu je. Mak aku mati disebabkan perempuan sihir tu menyamar jadi Mayang Mengurai. Kami yang tak ada kena mengena terlibat. Disebabkan apa? Khalif... anak engkau.
Mariani: Oh jadi selama ini kau yang mengugut kita?
Rosli: Betul.
Mariani: Mana Mayang Mengurai?
Rosli: Dia larikan diri.
Khalif sampai di rumah dan mendapati ibunya tiada di situ.
Khalif: Mana mama ni? Sekiranya dia nak keluar mesti dia bagi tau.
Kornilam: Kenapa kau tak bunuh saja aku?
Mohijad: Biar anak-anak kau saja yang menghapuskan kau sebab aku tidak boleh membunuh kau.
Kornilam: Kenapa kau tahan aku?
Mohijad: Sebab aku mahu kau tahu tentang kesalahan kau.
Kornilam: Apa kesalahan aku?
Mohijad: kau adalah perempuan yang tak mengenang budi. Sudah banyak aku tolong kau. Tapi kau cuba nak hapuskan aku. Sekarang kau tahulah nasib kau nanti.
Gambar ibu Rosli jatuh ke lantai. Mariani mengambilnya dan mendapat tahu ibu Rosli adalah Salmah.
Mariani: Salmah? Apa kena mengena Salmah dengan Rosli?
Rosli: Itu mak aku.
Mariani: Jadi kau anak Salmah?
Rosli: Kenapa kau nangis?
Mariana: Aku dah lama dah cari dia. Patutlah bila aku jumpa kau, seperti aku pernah... Aku dah pernah jumpa kau. Kau dah tak ingat aku lagi?
Rosli: Kau siapa?
Mariani: Aku mak cik Ani.
Rosli: Mak cik Ani?? Jadi kaulah mak aku selalu cari selama ini?
Mariani: Aku berkawan rapat dengan dia. Tapi dah putus hubungan dengan dia.
Rosli: Mak saya selalu cerita pasal awak.
Mariani: Apa dia cakap pasal saya?
Rosli: Dia cakap awak selalu tolong kami.
Mariani: Aku dah anggap dia macam saudara aku sendiri. Tapi tak sangka dia pergi dulu dari aku. Kisahnya bersambung...
Penghujung Episode 16:
Kornilam: Mereka cuba melepaskan diri?
Kornilam kepada Mayang Indera dan Mayang Merdu: Mayang Mengurai terlepas. Aku udah cakap jangan cuba melepaskan diri. Kamu akan mendapat hukuman setimpal denganya. Pegang mereka...!!!
Kornilam: MAYANG MENGURAI KAU TUNGGU!!!!!!
Shahrul: Kau rasa macam mana sekarang ni?
Khalif: Aku rasa kita kena buat laporan polis.
Shahrul: Ya lah itu jalan yang terbaik kan?
Khalif: Mama dari mana ni ma..
Mariana: Kita masuk dalam nanti mama cerita ya.
Brek kereta Shahrul telah dirosakkan. Apakah yang telah berlaku pada Shahrul?
Wahab: Sekarang aku dah berkuasa sepenuhnya. SEPENUHNYA!!
- Aku akan sentiasa membantu bos. Kalau bos perlukan perkhidmatan aku, call saja. Aku akan jalankan dengan lancar.
Wahab: Nah, baki duit kau.
Wahab: Lepas ini aku tak mahu lagi tengok muka kau.
- Terima kasih bos.
Shahrul: Wahab!
(Wahab terkejut melihat Shahrul. Kisahnya bersambung pada hari esok pukul 4.30 petang dalam slot Lagenda Mayang Mengurai Episode 17)
Sumber: (Terima kasih dan kredit diberikan kepada TV3, TV9, http://www.tv9.com.my/, dan semua pihak atas sumber maklumat, video dan gambar)
No comments:
Post a Comment