Drama Lagenda Mayang Mengurai mula bersiaran di TV3 dan TV9 pada 12 Januari 2010 dalam slot Lagenda menggantikan Drama Cucu Betong yang tiba penghujung episod pada 11 Januari 2009 - (Mayang Mengurai adalah sebuah cerita yang diadaptasi daripada cerita dongeng Rapunzel) - EPISODE 3
Sinopsis:
Kisahnya bermula dengan seorang pengamal ilmu hitam, Kornilam yang dahagakan kuasa dan ilmu sakti. Kornilam terlalu taksub dengan keabadian hidup dan awet muda, maka dia perlu mendapatkan tiga bayi perempuan sebagai penyambung kuasa saktinya. Kornilam menyasarkan tiga pasangan suami isteri dan dengan tipu muslihatnya, mereka terpaksa mengalah dan menyerahkan bayi kepadanya.
Ketiga-tiga bayi itu membesar menjadi gadis yang jelita dan diturunkan kuasa masing-masing. Mayang Indera mempunyai sepasang mata yang cantik dan mampu memukau sesiapa yang memandangnya. Mayang Merdu pula mempunyai suara yang merdu dan boleh memukau sesiapa yang mendengar nyanyiannya. Yang paling bongsu dan istimewa adalah Mayang Mengurai yang mana keistimewaannya adalah pada rambutnya yang panjang mengurai dan menjadi nadi nyawa Kornilam.
Disebabkan keistimewaan Mayang Mengurai ini, Kornilam mengurung Mayang Mengurai di atas menara tinggi dan tidak membenarkannya keluar. Kornilam akan menyuruh Mayang Mengurai menghulurkan rambutnya turun dari menara sebagai jalan dia memanjat menara itu. Mayang Indera dan Mayang Merdu pula dipergunakan oleh Kornilam untuk mencari punca kewangan.
Dibintangi oleh:
Tania Hudson (Mayang Mengurai)
Anne Ngasri (Mayang Indera)
Zarina AF (Mayang Merdu)
Amar Bahari (Khalif)
Kamal Adli (Shahrul)
Sabrina Ali (Kornilam)
Sasha
Ako Mustapha
Latif Borghiba
Lana Nordin
Badrul Muhayat
VIDEO KLIP MAYANG MENGURAI : Episode 3
Sambungan sinopsis Lagenda Mayang Mengurai Episode 3 pada 14 Januari 2010
Sarimah melahirkan anak perempuan begitu juga Ina.
Mak Limah - Dah selamatpun isteri kau, Din. Nanti lah dulu, mak bidan tengah bersihkan anak engkau. Anak perempuan, bukan main comel lagi Din..
Suami Ina bersyukur kepada Tuhan setelah mendapat tahu isterinya telah selamat melahirkan anak perempuan. Dia tidak sabar lagi hendak masuk ke dalam menjenguk isteri dan anaknya tetapi Mak Limah memberitahunya bahawa:
Mak Limah: Nantilah dulu. Mak bidan tu tengah bersihkan anak engkau.Sekejap lagi boleh tengok.. dah tak ada apa-apa semuanya dah selamat, biarlah Mak Limah balik dulu.
Din: Terima kasih banyak-banyak Mak Limah.
Mak Limah; Ya lah..
Mak bidan: Esok aku datang lagi, mandikan baby.
Ina: Terima kasih ya mak bidan..
Mak bidan: Kalau ada apa-apa bagi tau aku.
Din: Terima kasih mak bidan.
Din: Ina, akhirnya kita boleh jadi juga ayah dan ibu ya.
Kornilam membuat mak bidan sedar semula. Mak bidan hairan kenapa dia boleh berada di situ. Selepas itu dia cepat-cepat meninggalkan tempat itu.
Babak yang lain
Kassim: Mak ayah bila nak datang lagi?
Ibu Kassim: Bila-bila mak boleh datang. Ayah engkau ni tak tahu lah.
Ayah Kassim: Mak kau suka buat keputusan sendiri. Ayah cakap tunggu ayah, datang sama-sama tahu-tahu dah hilang. Rupanya dia datang sendiri.
Ibu Kassim: Nak tunggu apa? Kalau tunggu awak tak ada masa nak tengok cucu saya tahu?
Ayah Kassim: Saya bukan apa. cuma risau keselamatan awak tu. Kalau awak nak tengok cucu awak setiap hari, ahh.. duduk sajalah kat sini...
Ibu Kassim kata pada suaminya dia bersyukur dapat tinggal di sana dan adakah suaminya boleh tinggal seorang diri dan masak sendiri.. Boleh kah dia tanya ibu Kassim lagi.
Kassim: Mak, ayah cukuplah.. tak payah gaduh-gaduh ya...
Ayah Kassim: Kami balik dulu ya..
Ibu Kassim: Jangan lupa jaga cucu mak elok-elok. Perutnya pastikan jangan kembung. Nyamuk, pijat.. tengok... susu biar suam-suam.. orang nak mengajar anak...
Ayah Kassim: Dia orang tahulah nak jaga anak. Sudah lah tu..
Ibu Kassim: Jangan tidur mati.
Kassim: Ya, mak... ya mak... tak payah risau mak..
Ayah Kassim - Kamu dari mana?
Hussein - Kassim ada?
Ibu Kassim: Dia adalah kat dalam. Apa hal kau nak jumpa dia?
Hussein - Ada masalah sikit.
Ibu Kassim: Ya lah masalah apa? Dah malam-malam kau nak jumpa dia? Apa yang kau tengok kat atas apa yang ada?
Hussein -Ada masalah sikit.
Ibu Kassim: Masalah apa? Kau kenapa renung aku macam ni? Eh Hussein, kenapa mata biji kamu merah? Kau demam ya?
Ayah Kassim: Eh.. jangan nak menyibuklah awak ni... aduh.. ini masalah lelaki lah.
Ibu Kassim: Ala..abang sibuk benar... masalah lelaki, habis masalah perempuan tak de? Orang tanya kenapa dia pandang kita begitu?
Ayah Kassim: Udah.. udah... kamu pergi naik kat dalam...
Ibu Kassim: Tenung mata orang pulak.
Ayah Kassim: Jom kita dah lambat ni..
Cuaca menjadi begitu buruk dalam masa yang singkat dan sesuatu yang kurang baik berlaku pada keluarga Kassim dan Sarimah. Mereka tidak tahu kenapa boleh jadi begitu. Tiba-tiba Kassim dan Sarimah mendapati bayi perempuan mereka hilang dengan begitu saja. Kornilam telah mengambil bayi itu dari rumah mereka.
Mak bidan (Kornilam): Rajin kau buat kerja, Din.
Din: Eh... mak bidan... Bila sampai?
Mak bidan: Lama aku sampai. Kau tu kalau buat kerja tak nampak sampai tak nampak orang. Saja nak bersihkan halaman rumah, mak bidan lagipun kesian kat Ina tu.
Mak bidan: Ina mana?
Din: Ina dekat atas tengah menyusukan anak.
Mak bidan: Aku naik dulu.
Babak yang lain:
Babak yang lain:
Mak bidan: Aku gagal.
Din: Ina mana mak bidan?
Ina: Tak de bang.
Din: Eh saya baru jumpa dia tadi kat bawah. Dia kata nak naik atas nak tengok awak.
Ina: Mana ada bang...
Kornilam: Tak guna aku masukkan kuasa aku kat tubuh kau.
Pada dirinya: Kenapa sukar untuk aku mendapatkan anak daripada mereka? Kuasa aku susah nak menembusi mereka. Kau tunggu saja... aku tak kan menyerah kalah.
Di gua Tok Guru:
Tok Guru: Kornilam, rumah mangsa ketiga kau memang sukar untuk ditembusi kerana mereka juga memakai pendinding... (because they have protection inside them)
Kornilam: Tetapi saya mesti dapatkan anak mereka, Tok Guru.
Tok Guru: Baiklah aku akan berikan kau satu kuasa yang paling kuat. Dengan kuasa itu kau boleh masuk ke dalam rumah mereka. Tapi ianya hanya boleh bertahan selama satu bulan purnama saja.
Kornilam: Terima kasih Tok Guru.
(How dare you Saifuffin, you think I will give up) Kau ingat aku akan menyerah kalah? Nanti kau.
Ina: Tapi bukan anak aku... kau pergi dari sini..... pergi...
Kornilam: Anak engkau akan tidur selama-lamanya dan tak ada orang boleh mengubatinya kecuali aku.
Babak yang lain:
Sarimah (yang telah bertukar menjadi kucing): Di mana agaknya anak kitar berada sekarang?
Kassim: Sabarlah Mah. Saya pasti suatu hari nanti kita pasti akan berjumpa dengan dia.
Babak yang lain:
Kenapa dengan awak, Ina?
Ina: Betul ke apa dia cakap tadi, bang?
Din: Apa dia?
Ina: (The shaman that we saw that day..)
Din: Kenapa:
Ina: Dia datang tadi, bang.
Din: Dia tuntut apa yang kita janjikan.
Din: Anak kita.
Ina: Dia kata kalau kita tak bagi, bang.. dia nak sumpah anak kita tidur selama-lamanya bang..
Babak yang lain:
Kornilam: Hari ini aku akan ke rumah mereka. Tempoh satu purnama sudah tiba.
Babak yang lain:
Ina: Bang apa kita nak buat sekarang ni bang.
Din: Ina, sabar dulu..jangan menangis..sayang. Kita tengok dulu macam mana keadaannya. Kalau lah anak kita berterusan macam ni, kita kena pertimbangkan.
Ina: Apa abang cakap ni?
Ina: Takkan kita nak bagi anak kita kat dia.
Din: Abang pun tak sanggup, Ina. Tapi daripada anak kita hidup berterusan macam ni..
Ina: Abang kita cari ikhtiar lain, bang..
Din: Ina, abang ikut je, Ina..
Din: Aku dah tahu dah tujuan kau ke sini.
Kornilam: Kalau dah tahu, bagus. Boleh aku ambil sekarang?
Din: Tapi kau kena berjanji pada aku.
Kornilam: Janji apa?
Din: Yang pertama, aku hanya bagi kau untuk sementara waktu saja. Selepas keadaan kembali seperti dahulu, aku nak kau bagi kepada aku balik. Dan kami boleh melawatnya tiap-tiap hari selepas kau ambil dia dari sini.
Kornilam: Itu tak ada masalah. Selepas ini kau akan mendapatkan anak engkau semula. Ambil ini.
Din: Kau tunggu sini.
Ina keberatan untuk melepaskan anak mereka kepada Kornilam tetapi suaminya menasihatkannya agar bersabar saja kerana itu adalah caranya untuk anak mereka membesar. Sekiranya mereka enggan sampai bila-bila pun anak mereka tidak akan membesar dan tidur.. Din kata pada Ina bahawa Kornilam telah berjanji dengan mereka bahawa mereka boleh melawat anak mereka itu bila-bila masa saja. Din tidak tahu bahawa Kornilam telah menipu mereka yang dia cuma mahukan anak mereka untuk beberapa bulan sahaja. Ina rela dibunuh saja daripada anak mereka diambil. Din tidak tahu apa yang hendak dilakukan lagi. Ina tidak rela melihat suaminya menangis begitu dan akhirnya mereka terpaksa mengikut kehendak Kornilam.
Selepas memberi anak mereka kepada Kornilam Ina rindukan anak mereka dan mereka bercadang untuk melawat anak mereka. Mereka pergi ke rumah Kornilam tetapi mereka mendapat tahu tiada orang tinggal di rumah itu dan rumah itu kosong sahaja. Din beritahu Ina mungkin anak mereka juga telah dibawa bersama. Din cuba tanya salah seorang penduduk yang tinggal di situ mengenai Kornilam tetapi dia cuma kenal nama Kornilam saja dan dia tidak tahu langsung tentang Kornilam.
Kornilam terus tanya kepada Tok Guru bayi mana di antara tiga itu yang akan memusnahkannya kelak tetapi Tok Guru kata tidak ada gunanya sekiranya dia tahu sekarang kerana kanak-kanak itu akan membuatkan kecantikan Kornilam dan kuasanya juga akan bertahan. Jika Kornilam hapuskan salah seorang daripada mereka, Kornilam akan kehilangan segala-galanya. Tok Guru kata pada Kornilam untuk membesarkan mereka sahaja dan selepas itu barulah Kornilam berjumpa dengannya semula. Kornilam berjanji pada Tok Guru.
Tok Guru memberi nama-nama kepada ketiga-tiga bayi perempuan itu. Yang pertama adalah Mayang Indera kerana dia mempunyai kuasa di dalam mata. Yang kedua diberikan nama Mayang Merdu kerana dia mempunyai suara yang merdu apabila dia menyanyi. Yang Ketiga pula Mayang Mengurai.
Kornilam: Mayang Mengurai... kuasanya terletak pada?
Tok Guru: Rambut Mayang Mengurai akan menjadi panjang. Kuasanya ada pada rambutnya. Tapi kau kena berhati-hati dengan rambut Mayang Mengurai.
Kornilam: Kenapa Guru?
Tok Guru: Kalau dipotong, ilmu sihir kau akan berkurangan.
Tok Guru: Apabila anak-anak angkat kau itu membesar kau tidak boleh berdendam atau menyumpah mereka. Kalau itu terjadi, mereka akan menjadi labu semula.
Kornilam: Apa yang boleh saya lakukan sama mereka, Guru? Kau boleh gunakan untuk kepentingan diri kau.
Kornilam: Kepentingan yang macam mana?
Tok Guru: Gunakan apa yang mereka miliki kau akan mendapat harta yang banyak. Tapi kau harus ingat apabila mereka meningkat dewasa, bermacam cabaran yang akan kau lalui untuk membesarkan mereka. Mulai daripada bulan purnama sehinggalah mereka dewasa, kau akan mendapat tenaga dan kekuatan yang banyak daripada mereka semua.
Kornilam: Saya akan membawa mereka bertiga keluar dari kampung ini, Guru.
Tok Guru: Ya, itulah yang paling sebaik-baiknya. Tapi kau mesti beritahu mereka hanyalah anak angkat kau.
Apa yang awak fikir sayang?
Babak yang lain:
Din: Kenapa dengan awak ni, Ina...?
Ina: Taklah bang, saya rasa loya.. macam saya mengandung dulu tu.
Din: Kalau macam tu, esok kita jumpa dengan doktor ya?
Ina: Doktor hari tu?
Din: Kenapa?
Ina: Entah lah.. Saya takutlah bang.
Din: Apa yang kau nak takutkan? Hari itu Kornilam yang menyamar doktor. Sekarang ni Kornilam dah bawa lari anak kita kan?
Kornilam: Tolonglah saya, Guru.
- Kau nak apa Kornilam?
Kornilam: Saya mahukan kuasa dan kecantikan.
Bukankah kau telah memilikinya daripada Mohijad?
Kornilam: Masih belum cukup, Guru.
- Baiklah, kau berjumpa dengan aku semula di sini.
Kornilam: Baiklah Guru.
- Tapi ingat, Kornilam aku nasihatkan kau jangan sesekali mengkhianati Mohijad. Kau faham?
Kornilam: Saya faham, Guru.
- Kau baliklah Kornilam. Nanti berjumpa dengan aku.
Kornilam: Baiklah Guru.
Setelah Kornilam pergi, Tok Guru menjelma semula menjadi Mohijad.
- Kau memang tamak, Kornilam.
- Awak ni macam tak ada masalah je.
- Habis tu nak fikir apa lagi
- Carilah anak kita itu sampai dapat.
- Kalau dapat pun macam mana kita nak jaga dia? Sekarang ni kita bukannya manusia lagi.
- Betul juga.
Babak yang lain
Doktor: Awak cakap awak pernah melahirkan anak?
Ina: Ya, betul doktor.
Doktor: Pelik.
Din: Doktor, apa yang pelik ni, saya tak faham.
Doktor: Mengikut pemeriksaan saya, awak...
Ina: Kenapa doktor?
Doktor: Awak tak pernah mengandung dan tak pernah melahirkan anak.
Bersambung dalam episode 4 pada hari Isnin, 18 Januari 2010 - Sekian kemas kini daripada shinystar.
Sumber: (Terima kasih dan kredit diberikan kepada TV3, TV9, http://www.tv9.com.my/, http://www.bharian.com.my/ dan semua pihak atas sumber maklumat, video dan gambar)
No comments:
Post a Comment