Drama Lagenda Mayang Mengurai mula bersiaran di TV3 dan TV9 pada 12 Januari 2010 dalam slot Lagenda menggantikan Drama Cucu Betong yang tiba penghujung episod pada 11 Januari 2009 - (Mayang Mengurai adalah sebuah cerita yang diadaptasi daripada cerita dongeng Rapunzel) - EPISODE 7
VIDEO KLIP MAYANG MENGURAI : Episode 7Sinopsis:
Kisahnya bermula dengan seorang pengamal ilmu hitam, Kornilam yang dahagakan kuasa dan ilmu sakti. Kornilam terlalu taksub dengan keabadian hidup dan awet muda, maka dia perlu mendapatkan tiga bayi perempuan sebagai penyambung kuasa saktinya. Kornilam menyasarkan tiga pasangan suami isteri dan dengan tipu muslihatnya, mereka terpaksa mengalah dan menyerahkan bayi kepadanya.
Ketiga-tiga bayi itu membesar menjadi gadis yang jelita dan diturunkan kuasa masing-masing. Mayang Indera mempunyai sepasang mata yang cantik dan mampu memukau sesiapa yang memandangnya. Mayang Merdu pula mempunyai suara yang merdu dan boleh memukau sesiapa yang mendengar nyanyiannya. Yang paling bongsu dan istimewa adalah Mayang Mengurai yang mana keistimewaannya adalah pada rambutnya yang panjang mengurai dan menjadi nadi nyawa Kornilam.
Disebabkan keistimewaan Mayang Mengurai ini, Kornilam mengurung Mayang Mengurai di atas menara tinggi dan tidak membenarkannya keluar. Kornilam akan menyuruh Mayang Mengurai menghulurkan rambutnya turun dari menara sebagai jalan dia memanjat menara itu. Mayang Indera dan Mayang Merdu pula dipergunakan oleh Kornilam untuk mencari punca kewangan.
Dibintangi oleh:
Tania Hudson (Mayang Mengurai)
Anne Ngasri (Mayang Indera)
Zarina AF (Mayang Merdu)
Amar Bahari (Khalif)
Kamal Adli (Shahrul)
Sabrina Ali (Kornilam)
Sasha
Ako Mustapha
Latif Borghiba
Lana Nordin
Badrul Muhayat
Sinopsis ringkas Drama Lagenda Mayang Mengurai Episode 7
Khalif: Awak? Cantiknya.. Rupanya awak betul-betul wujud. Siapa nama awak?
Mayang Mengurai: Lepaskan rambut saya.
Khalif: Jangan takut. Saya bukan orang jahat. Saya datang sini memang nak cari awak. Awak selalu muncul dalam mimpi saya.
Mayang Mengurai: Mimpikan saya?
Khalif: Okey saya akan turun tapi sebelum itu boleh saya tahu nama awak?
Mayang Mengurai: Saya Mayang Mengurai.
Khalif: Saya Khalif.
Khalif: Saya tak pernah jumpa perempuan secantik awak. Suditak kalau awak berkawan dengan saya?
Mayang Mengurai: Kalau awak sudi apa salahnya?
Khalif: Kalau macam tu lain kali boleh lah saya datang lagi.
Mayang Mengurai: Boleh tapi ada beberapa syarat.
Khalif: Syarat? syarat apa?
Mayang Mengurai: Jangan datang waktu ibu di rumah ya.
Khalif: Okey kalau macam tu saya bawa awak keluar.
Mayang Mengurai: Awak balik lah.
Khalif: Eh kenapa dengan awak ni?
Mayang Mengurai: Nampaknya kita tak boleh berkawan.
Khalif: Tapi kenapa?
Mayang Mengurai: Kehidupan kita jauh berbeza. Saya tak dapat ikut kehendak awak. Saya sendiri tak tahu berapa lama saya duduk di Menara ini.
Khalif: Okey kalau macam tu, suatu hari nanti saya akan pastikan saya akan bawa awak keluar dari sini.
Salah seorang daripada kakak Mayang Mengurai memanggilnya untuk masuk sekejap. Khalif terpaksa pulang dan perbualan mereka berhenti di situ dan Khalif terpaksa pergi dari situ.
Babak yang lain
Tina pada dirinya: Mana Mayang Indera tinggal? Tak kanlah di tempat macam ni?
Macam mana nak naik ni?
Tuan Farhan: Apa perkembangan projek Lembah Kinta?
Shahrul: Okey ayah... semua berjalan dengan lancar.
Tuan Farhan: Baguslah cuma satu. Ayah tengok kau dengan Tina kurang bercakap ayah nampak. Kenapa?
Shahrul: Kami....
Tina masuk dan beritahu Tuan Farhan sebenarnya di antara mereka tak ada apa-apa...
Kornilam: Kenapa lelaki ini selalu muncul dalam bola ajaib aku? Dan semakin dekat dengan Mayang Mengurai. Tak kan mereka bercinta. Aku mesti lakukan sesuatu.
Episode seterusnya akan bersambung pada 25 Januari 2010.
Sumber: (Terima kasih dan kredit diberikan kepada TV3, TV9, http://www.tv9.com.my/, http://www.bharian.com.my/ dan semua pihak atas sumber maklumat, video dan gambar)
No comments:
Post a Comment