Friday, May 7, 2010

Sinopsis Episode 8 pada 25 Januari 2010 - Drama Lagenda Mayang Mengurai disiarkan setiap hari Isnin - Khamis dalam slot Lagenda di TV3 & TV9



Drama Lagenda Mayang Mengurai mula bersiaran di TV3 dan TV9 pada 12 Januari 2010 dalam slot Lagenda menggantikan Drama Cucu Betong yang tiba penghujung episod pada 11 Januari 2009 - (Mayang Mengurai adalah sebuah cerita yang diadaptasi daripada cerita dongeng Rapunzel) - EPISODE 8
VIDEO KLIP MAYANG MENGURAI : Episode 7

VIDEO KLIP MAYANG MENGURAI : Episode 8

Sinopsis:

Kisahnya bermula dengan seorang pengamal ilmu hitam, Kornilam yang dahagakan kuasa dan ilmu sakti. Kornilam terlalu taksub dengan keabadian hidup dan awet muda, maka dia perlu mendapatkan tiga bayi perempuan sebagai penyambung kuasa saktinya. Kornilam menyasarkan tiga pasangan suami isteri dan dengan tipu muslihatnya, mereka terpaksa mengalah dan menyerahkan bayi kepadanya.

Ketiga-tiga bayi itu membesar menjadi gadis yang jelita dan diturunkan kuasa masing-masing. Mayang Indera mempunyai sepasang mata yang cantik dan mampu memukau sesiapa yang memandangnya. Mayang Merdu pula mempunyai suara yang merdu dan boleh memukau sesiapa yang mendengar nyanyiannya. Yang paling bongsu dan istimewa adalah Mayang Mengurai yang mana keistimewaannya adalah pada rambutnya yang panjang mengurai dan menjadi nadi nyawa Kornilam.

Disebabkan keistimewaan Mayang Mengurai ini, Kornilam mengurung Mayang Mengurai di atas menara tinggi dan tidak membenarkannya keluar. Kornilam akan menyuruh Mayang Mengurai menghulurkan rambutnya turun dari menara sebagai jalan dia memanjat menara itu. Mayang Indera dan Mayang Merdu pula dipergunakan oleh Kornilam untuk mencari punca kewangan.

Dibintangi oleh:

Tania Hudson (Mayang Mengurai)
Anne Ngasri (Mayang Indera)
Zarina AF (Mayang Merdu)
Amar Bahari (Khalif)
Kamal Adli (Shahrul)
Sabrina Ali (Kornilam)
Sasha
Ako Mustapha
Latif Borghiba
Lana Nordin
Badrul Muhayat

Sinopsis ringkas Drama Lagenda Mayang Mengurai Episode 8







Khalif menerima panggilan daripada Shahrul mengatakan ayahnya telah meninggal.



Rosli: Sedap suara awak.
Mayang Merdu: Terima kasih.
Rosli: Awak tinggal dekat sini ke? Boleh saya tahu siapa nama awak?
Mayang Merdu: Nama saya Mayang Merdu.
Rosli: Mayang Merdu... Mayang?
Mayang Merdu: Kenapa?
Rosli: Tak ada apa-apa. Nama saya Rosli.



Ibu Khalif: Menara ini betul-betul wujud. Makna anak aku siuman. Dia tak tipu tapi kenapa hari itu aku datang benda ini tak ada? Pelik tapi ia benar-benar wujud. Ini kereta Dr. Rosli tapi dia buat apa kat sini? Oh patut aku telefon dia tak dapat. Kat klinik dia tak ada tapi dia buat apa kat sini? Ada apa kena-mengena dengan dia?


Ibu Khalif: Doktor?



Kornilam: Apa yang harus saya lakukan?
- Kau hapuskan Tok Guru Mohijad.
Kornilam: Saya menurut perintah.



Kornilam: Kau tunggu, Mohijad apa yang akan aku lakukan.


Sumber: (Terima kasih dan kredit diberikan kepada TV3, TV9, http://www.tv9.com.my/, http://www.bharian.com.my/ dan semua pihak atas sumber maklumat, video dan gambar)

No comments:

Post a Comment